Alahai Kasihannya,Anak Harimau Ditemui Dibungkus Dalam Plastik Dan Cuba Diseludup Keluar Melalui Pos

Tak dapat nak bayangkan jika satu hari apabila membuka bungkusan  yang kita terima adalah satu nyawa yang hidup di dalam sebuah kotak .Itulah yang terjadi pada seekor anak harimau malang ini apabila dia dimasukkan kedalam kotak untuk dihantar ke penerima . Namun nasibnya baik apabila pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kotak berkenaan .

Polis Mexico menemui anak harimau Bengal yang berusia dua bulan itu dibungkus dalam plastik barang berwarna biru untuk penghantaran ekspress.


Perkara itu terbongkar setelah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan dalam bungkusan tersebut.

Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menghantar anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.Anak Harimau Ditemui Dibungkus Dalam Plastik Dan Cuba Diseludup Keluar Melalui Pos – sajagempak.comKesian tengok anak harimau ini..

Difahamkan, anak harimau tersebut mengalami dehidrasi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain dan anak harimau itu telah diserahkan ke pusat pengurusan haiwan.

Menurut sumber juga, sebelumnya, polis Mexico telah menyiarkan gambar comel anak harimau itu di laman facebook rasmi mereka dan mendapat simpati ramai netizen.

Kesian anak harimau ini kan, nasib berjaya diselamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.