Bila sebut je ular, pasti ramai di antara kita rasa meremang dan takut bayangkan haiwan yang berbahaya itu. Lagi-lagi bila jika ternampak atau terjumpa di depan mata.
Ramai yang akan lari tak cukup tanah, tapi macam mana pulak kalau korang dalam kereta lepastu tiba-tiba seekor ular muncul? Banyak juga dengar kes macam ni, ular dalam bonet kereta, bahagian di bahagian enjin kereta tapi kali ini beberza pada mangsa wanita berkenaan.
Seorang wanita ini sedang memandu keretanya terkejut apabila seekor reptilia ini tiba-tiba muncul dia bahagian side mirror nya, tapi bernasib baik sebab cermin tingkapnya tertutup. Tak tahu mana datangnya ular itu, seperti yang dilihat ia melingkar pada side mirror sepanjang perjalanan.
Kalau orang lain mungkin sudah terkejut dan segera berhentikan kereta. Namun wanita ini hanya terkejut tapi masih boleh bertenang kerana tingkapnya semua tertutup dan sempat merakam detik tersebut.
“Boleh pulak dia ikut kita, dari manalah awak datang tiba-tiba muncul je terperanjat nasib baik tak bersalin awal saya. Apa-apa kau aku dah hantar ke bomba”
Video yang dikongsi oleh wanita ini, ular itu dilihat kekal berada di bahagian side mirror dan seolah-olah terperangkap di situ kerana kereta bergerak laju. Rata-rata warganet membayangkan mereka yang berada dalam situasi sama seperti wanita ini.