“Allah beri hidayah”. Dahulunya seorang saml yang taat, kini sudah bergelar haji.

Tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah S.W.T. Siapa pun kita, jika hidayah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik diberikan, sudah tentu kita boleh berubah dengan serta-merta.

Penganut agama lain kembali kepada fitrah agama Islam bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam konteks masyarakat kini. Ia bukan sahaja memberikan mereka satu persekitaran yang baru, bahkan mempraktikkan diri berusaha menjadi lebih baik.

Hidayah Allah tak kenal siapa
Menerusi satu perkongsian yang dibuat dalam laman Facebook dikenali sebagai Majlis Ilmu, dua foto seorang lelaki dikenali sebagai Haji Muhammad Wong Abdullah berubah penampilan apabila diberikan hidayah untuk memeluk Islam.

Dulu merupakan seorang sami Buddha
Menurut perkongsian tersebut, pada asalnya haji Muhammad Wong adalah seorang peng4nut Buddh4. Dia juga adalah seorang saml iaitu individu yang kuat pegangan agamanya. Namun begitu, hidayah daripada Allah S.W.T telah membawanya kepada Islam dan dia juga sudah pun mengerjakan fardu haji pada tahun lepas.

Semoga Tuan Haji lebih istiqomah
Perkongsian yang begitu menginspirasikan daripada laman Facebook tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu tanda suka. Rata-rata warganet yang terlihat posting tersebut turut meninggalkan komen-komen positif diatas penghijrahan itu.

Mereka telah meninggalkan komen menyatakan bahawa betapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan dan mendoakan agar Haji Muhammad lebih istiqomah serta menjadi seorang Muslim yang bertakwa.

Jelas wajah kelihatan berseri


Tuan Haji insan terpilih


Sumber : Majlis Ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published.