Along pinjam duit sikit, suami angah kena berhenti kerja. Terus transfer. Tiba-tiba ini yang terjadi.

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih..

Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak ma ti.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hi dup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Teringat satu kisah kawan baik, adiknya telefon mintak pinjam duit disebabkan semua telah diberhentikan kerja. Tanpa fikir banyak kawan saya pun transfer 3 ribu kepada adiknya dan cakap nie abang sedekah, buat untuk tampung keluarga sementara suami dapat kerja balik. Germbira tak terkata adiknya. 2 bulan selepas itu bos kawan saya panggil masuk kepejabatnya. Hairan bercampur risau sangkakan hendak di berhentikan kerja. Di dalam bilik bos, dia diserahkan 1 envelop. Apabila membuka envelop itu terkejut bukan kepalang kerana mendapati didalamnya terdapat 1 cek yang tetulis tiga ratus ribu ringgit. Duit apa nie bos, tegurnya. Ini duit projek yang diuruskan oleh kamu berserta dengan bonus.

Pulang kerumah dengan senang hati, tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran adiknya dirumah. Rupa-rupanya isteri membuat kejutan tentang kehamilan anak kedua. Sujud syukur kawan saya ni. Cash Allah bayar. Alhamdullilah.

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hi dup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Tak utnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertahun tahun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hi na pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. ”

YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Semoga bermanfaat untuk semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published.