Anjing Bvta Setia Menanti 9 Tahun Bawah Tembok Sampah Setelah Dibuang Keluarga,Akhirnya Menemui Cinta Baru

Seekor anjing jenis pitbul menghabiskan sisa tuanya selama 9 tahun menunggu di bawah tembok sampah hanya kerana ingin kembali bersama dengan pemiliknya.Begitulah ujian kesetiaan dan kasih sayang seekor anjing terhadap pemiliknya.

Secara logik akal kita sebagai manusia , jika 9 tahun menanti itu adalah penantian yang oenuh peny3ksaan bukan . Namun tidak bagi haiwan yang telah mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada penjaga yang dianggap keluarga mereka .

Namun nasib malang berlaku kepada anjing coklat jenis pitbul ini apabila kesetiannya dikhianati .

Hampir sedekad sudah setelah pemilkinya mengusir dia dari kehidupan mereka tetapi anjing ini seakan tidak memahami kelihatan tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sudah diusir keluarga dan tidak mungkin akan bertemu mereka kembali.

Selama 9 tahun , anjing pitbul ini telah banyak lalui derita tapi masih setia menanti

Namun,langit tak selalu cerah mendung tak beerti hujan , nasib anjing pitbul ini menampakkan sesuatu perubahan yang baik .

Pada suatu ketika ,sukarelawan PAWS menyedari kehadiran haiwan jalanan dan mereka menyelamatkan beberapa anak kucing.

Nasib pitbul bvta ini terbela akhirnya apabila dia diselamatkan dan dibawa ke tempat haiwan perlindungan sementara Animal Rescue Los Angeles sebelum diadopsi oleh keluarga lain.

Hal ini kerana, sukarelawan PAWS dimaklumkan oleh jiran tetangga bahawa anjing pitbul itu telah lama diusir keluarganya dan mereka tinggal tidak jauh dari kawasan kejiranan. Menyaksikan kejadian 9 tahun lalu , saksi melihat pada hari kejadian apabila pemilik dengan tidak rasa belas kasihan memukul sebelum meninggalkannya disitu .

Dek kerana kejadian itu , anjing pitbul itu menderita sakit sendiri tanpa mendapat rawatan perubatan sehinggalah dia kehilangan mata kanannya (bvta)

Berkat sabar ,mereka berjaya pujuk pitbul bvta itu untuk keluar dari bawah tembok sampah .

Setelah pulih dari luka dan trauma , seorang gadis kecil bernama Pheenie telah mengambil anjing pitbul itu untuk diadopsi dan diberi nama Jacobs .Itulah haiwan peliharaan pertama gadis berkenaan.

Pheenie memberikan penjagaan terbaik dengan menyediakan tempat tidur yang selesa ,makan yang cukup dan dijaga penuh dengan kasih dan sayang kepada Jacobs.

Rawatan susulan masih diberikan dan doktor haiwan memaklumkan selain mata kanannya yang bvta akibat kecederaan lama , Jacobs juga  mengalami jangkitan saluran kencing dan discospondylitis. Selain itu Jacobs mengalami patologi radang di tulang belakang  disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Tetapi walaupun keadaannya, Jacobs menunjukkan kekuatan dan keinginan untuk meneruskan hidupnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.