“Ayah tak ada id3a” – Pemuda ‘Melayu pure’ dedah kisah di sebalik nama macam orang Jepun

SEKALI pandang tangkap layar kad pengenalan seorang pemuda yang tular di media s0sial pasti ind1vidu tersebut disangka berdarah kacukan Melayu-Jepun.

Menerusi tangkap layar kad pengenalan itu tertera nama Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz yang merupakan seorang wargan3gara Malaysia dan beragama Islam.

Empunya diri yang mesra disapa Afiq menjelaskan dia sebenarnya tidak berdarah kacukan Jepun.

“Tidak… saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu.

Twe3t Afiq mengenai namanya yang un1k mendapat perhatian net1zen.

“Ramai ingat saya ada berdarah kacukan disebabkan nama saya,” katanya

Menurut anak kedua tiga beradik itu, nama tersebut diberikan rakan kepada bapanya yang tinggal di negara matahari terbit itu.

“Sebenarnya parents saya tak gemar kartun anime pun. Tapi masa nak letak nama saya tu ayah tak ada id3a.

“Jadi dia minta pendapat kawan dia yang tinggal kat Jepun. Lepas tu dia cadangkanlah nama tu. Ibulah yang cerita macam tu,” katanya.

Pemuda berusia 20 tahun itu mendedahkan namanya itu turut mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Jepun.

“Saya lahir tahun naga. Jadi maksud nama saya tu Rhuichi Yoshiyuki tu naga yang gagah perkasa.

Nama Afiq disangka net1zen diambil sempena nama kartun anime Jepun.

“Kiranya Afiq – naga yang gagah perkasa. Nama saya tu memang ada maksud dalam bahasa Jepun,” katanya.

Dedah Afiq lagi, adik bongsunya turut diberikan nama Jepun oleh kedua ibu bapanya.

“Nama adik bongsu saya Ayuni Erika Onnayuki. Maksud nama adik saya ibu kata Ayuni tu puteri salju.

Tidak… saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu.

“Nama adik saya pun kawan ayah yang sama bagi. Lagipun parents memang minat nama Jepun sebab un1k dan ada maksud yang bagus,” katanya.

Tambah Afiq, hanya kakak sulungnya diberikan nama Melayu.

“Dalam kami tiga beradik, hanya kakak saya je nama Melayu. Kakak saya nama Anis Natasha Elia.

Antara komen net1zen pada posting Afiq.

“Memang berbeza sangat dengan nama kami berdua yang diselitkan dengan nama Jepun,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang sekeliling mengenai namanya itu, Afiq mengakui dia kerap kali diejek semasa di bangku sekolah.

“Selalu jugalah kena ejek masa sekolah rendah dan menengah. Macam-macamlah nama diaorang sebut sampaikan saya terdiam jugalah.

“Tapi paling saya sedih bila orang cakap nama tak ikut Islam. Bila ada yang kecam tu saya just ign0re saja. Bagi saya nama Afiq dah Islam cuma belakang tu je dalam bahasa Jepun,” katanya.

Tangkap layar kad pengenalan Afiq tular di Tw1tter apabila dia berk0ngsi perkara itu di platf0rm med1a s0sial tersebut.

Afiq (tengah bercermin mata) bersama rakan seun1versitinya.

Perkongsiannya itu mendapat 9,000 tanda suka dan 4,900 ulang kicau.

Rata-rata net1zen memberi resp0ns mencuit hati terhadap perk0ngsiannya itu.

“Aduh nama bapa bukan main Melayu, sekali nama anak, macam adik-beradik Sasuke,” tulis Arif.

Post Berkaitan

Leave a Reply