Babah Suruh Ganti Kejap Kelas Online. Mula-Mula Dia Fokus. Pantang Lepa Ini Yang Terjadi.

Gelagat kucing memang sering kali menjadi penghibur ramai orang terutamanya bagi pencinta kucing sendiri. Sama macam situasi lucu yang dikongsikan ini tentang gelagat seekor kucing yang dilihat sedang nyenyak tidur sambil memegang telefon.

Malah gelagatnya ini turut disamakan seperti seorang pelajar yang tertidur semasa mengikuti kelas online yang selalu dilakukan sekarang ini. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah jut4 tontonan setakat ini.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang nyenyak tidur di atas sebuah katil semasa dirakamkan. Dalam masa yang sama, turut kelihatan sebuah telefon yang dipegang oleh kucing itu yang masih lagi tidur.

Lelaki itu kemudian mengus1k kucing tersebut yang kononnya tertidur semasa sedang mengikuti kelas online tersebut. Malah turut kelihatan kelas online yang sedang berlangsung dilihat pada telefon yang sedang dipegang oleh kucing itu.

Lebih mencuit hati, kucing yang dipanggil sebagai Samsul itu masih lagi nyenyak tidur dan langsung tidak terganggu mendengarkan bunyi bising itu. Melihatkan gelagat selambanya ini, netizen turut berseloroh gayanya itu seolah-olah sama dengan gaya pelajar yang sedang mengikuti kelas online.

Video :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu kucing itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu masih berasa mengantuk untuk mengikuti kelas tersebut.

Post Berkaitan

Leave a Reply