Patutlah Dah Tak Takut Dengan Air Botol Mer4h Tepi Dinding. Dalam Diam Ini Yang Ko Buat.

Mungkin ada dikalangan anda biasa melihat botol-botol yang mengandungi air sir4p diletakkan di jalan untuk menghalau kucing. Tidak tahu dari mana datangnya kepercayaan ini, ramai yang percaya kucing cukup takut pada air berwarna mer4h seperti air sirap ini.

Tetapi baru-baru ini, telah tular gelagat seekor kucing yang dengan selambanya mencelupkan tangan ke dalam air sir4p mencuri tumpuan ramai. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gaya kucing itu yang sempat lagi menikmati minuman yang ditinggalkan itu.

Pada gambar dan video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat seekor kucing yang berada di sebuah restoran ini. Turut kelihatan seekor kucing yang berada di atas meja bersama pesanan yang ditinggalkan oleh pelanggan yang lain.

Kucing itu kemudian mula mencelupkan tangannya ke dalam cawan yang mengandungi air sir4p tersebut. Rupa-rupanya, itu adalah cara kucing tersebut mahu minum air yang berada di dalam cawan yang tinggi itu.

Lebih mencuit hati, gelagatnya ini berjaya menyangkal dakwaan ramai tentang kucing yang takut pada air berwarna mer4h. Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh memuji kepandaian kucing itu menggunakan tangannya untuk mengambil air tersebut.

Video :

Pada ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba dari kucing ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga kucing itu tidak menolak cawan tersebut sehingga terjatuh dari meja itu.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply