Berat Badannya Naik 10 Kilogram,Wanita Ini Terpaksa Memotong Cincin Berliannya Bernilai Ratusan Juta

Seorang wanita  dari Kota Fuzhou di Tiongkokterpaksa memotong cincin berliannya kerana berat badannya telag bertambah dancincin itu telah menjadi ketat  untuk jarinya.

Menerusi China News, petugas pemadam kebakaran dipanggil untuk membantu wanita tersebut pada 8 April. Wanita tersebut telah menuba pelbagai cara untuk membuka cincin itu.

Beliau mengatakan cincin berlian itu berharga 300,000 yuan (RM 198,000) dan telah memakainya  selama ini. Tetapi disebabkan oleh berat badannya naik sekitar 10kg selama 6 bulan terakhir, beliau tidak dapat lagi menanggal cincin itu walaupun dia masih mahu memakainya.

Namun setelah memahami situasinya, petugas pemadam kebakaran memasukkan beberapa cungkil gigi antara cincin dan jarinya  untuk memberi ruang.

Kemudian mereka meggunakan pemotong untuk memotong cincin tersebut. Selepas hampir 10 minit, cincin berlian tersebut berhasil dipotong.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.