Biadap punye suami, adakah patut dia tanya anak siapa ini. Cuba korang check muka serupa tak.

Kucing buat ‘sportcheck’, ‘confius’ anak sendiri atau tak buat ramai terhibur

Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka.

Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja sifatnya yang cukup manja dan sukakan perhatian, malah haiwan ini juga dapat membuatkan pemiliknya rasa gembira dengan kehadiran mereka.

Menerusi satu video tular di laman tiktok thefluffyss_family, dapat dilihat telatah seekor kucing yang masuk ke dalam bilik. Menurut pemilik video, kucing tersebut seakan anak-anaknya.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah kucing tersebut seakan melakukan pemeriksaan dan pelik melihat kesemua anaknya, dimana dia tidak pasti samada kesemua anak kucing tersebut adalah anaknya.

“Bapak tak mengaku anak! Ni first time Daddy George melawat anak2 dia dekat2 macam ni.. Kesian Grecy ditvduh cur4ng ,” tulis thefluffyss_family di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan, 191.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Post Berkaitan

Leave a Reply