Cara Buat Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang Bersama Pucuk Ubi Kayu. Sajian Yang Menaikkan Selera.

Masak lemak cili api antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas. Kalau makan bersama nasi panas mesti membangkitkan selera.

Ikuti perkongsian resipi yang sangat menarik ini. Jantung pisang digandingkan bersama pucuk ubi kayu bagaikan match made in heaven, sedap sangat!


BAHAN-BAHAN

Jantung Pisang
Pucuk Ubi Kayu
Cili Padi (ditumbuk)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Ikan Bilis
Asam Keping
1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam

CARA MEMASAK

Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.

Kredit foto dan Resipi: SuiSan AliezSha
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin.

TIPS:

Untuk pemilihan jantung pisang, lebih enak jika menggunakan jantung dari pisang nipah kerana rasanya yang tidak pahit dan tidak kelat.

Post Berkaitan

Leave a Reply