Nugget menjadi snek kegemaran tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Tidak hairanlah makanan ini turut menjadi salah satu menu pelbagai rangkaian restoran makanan segera seluruh dunia.
Cara pembuatan nugget ayam sebenarnya sangat mudah! Malah ia jauh lebih sihat jika dibuat sendiri berbanding dibeli dari pasaraya kerana ia telah mengalami proses sejuk beku. Selain itu, harganya juga lebih jimat berbanding beli di kedai dan kita boleh tambah sendiri isi nugget untuk jadi lebih sedap selain dijamin kerbersihan dan kesuciannya. Jadi mari kita cuba resepi nugget homemade yang dikongsikan oleh Che Ros di kumpulan Resepi Insider di Facebook.
Kredit: Che Ros
Bahan-bahan:
Isi Ayam*
Bawang Besar*
Bawang Putih*
Telur*
Serbuk Hilal*
Serbuk Maggi Cukup Rasa*
Sedikit Garam*
Serbuk Lada Hitam*
Sedikit Air*
Tepung Jagung*
Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)
Cara-cara:
1. Blend semua yang bertanda *
2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter
3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit
4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa masing-masing.
5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair
6. Celup dan goreng dalam minyak yang panas
Kredit: Che Ros
Selamat mencuba!