WANTAN biasanya sedap digoreng namun ia lebih enak jika dinikmati dengan sup. Makan pula panas-panas memang padu!
Sup wantan juga antara hidangan yang ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti wantan sahaja. Selain itu, intinya juga boleh kita ubah suai mengikut mengikut cita rasa sendiri. Dijamin puas hati!
Cara Buat Sup Wantan untuk minum petang.
Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
✓ Campurkan semua sekali dan gaul sebati
✓ Bungkus inti menjadi wantan
Cara memasak:
✓ Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam
✓ Masukkan wantan dan rebus sehingga masak
✓ Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
✓ Akhir sekali boleh masukkan wantan.
✓ Sedia dihidang.
Kicap cair dan minyak bijan yang saya guna untuk masakan
Kredit : Zurina Zulkefli