Guna Minyak Masak Terpakai, Boleh Buat Mangga Berbuah Lebat Dan Pokoknya Rimbun.

BAGI mereka yang gemar menanam pokok buah-buahan tentunya menginginkan hasil buah yang banyak. Mangga sering menjadi pilihan ramai kerana ia mudah ditanam dan tidak bermusim, malah penjagaannya juga tidak rumit.

Bagaimanapun yang menimbulkan masalah ialah pokok ini tidak berbuah lebat atau langsung tidak berbuah. Berbagai usaha dilakukan oleh mereka yang menanamnya termasuklah menggunakan baja tertentu namun hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Seorang pengguna Fesbuk, Kak Chah berkongsi tip memecah kebuntuan ramai untuk melebatkan buah mangga. Jelasnya, beliau mendapat petua tersebut melalui anaknya yang terbaca satu artikel dari luar negara.

“Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, pokok mangga yang saya tanam di tepi rumah berbuah lebat. Dahan pokok sudah tidak dapat lagi menampung buah mangga sehingga sampai satu tahap, dahan pokok patah kerana buah mangga yang terlalu berat,” katanya.

Jelas Kak Chah lagi, beliau tidak menggunakan baja tertentu untuk menyuburkan pokok mangga yang ditanam sebaliknya mengamalkan petua menggunakan minyak masak terpakai. Berikut dikongsikan petua cara melebatkan buah mangga.

Bahan:
Minyak masak terpakai

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Gali lubang di sekitar pokok mangga.

2.Tuangkan minyak masak terpakai tersebut pada jarak dua atau tiga kaki dari batang pokok tersebut.

Hasilnya anda akan dapati pokok mangga berbuah lebat. Tidak hanya itu, buahnya juga manis.

Katanya, ada kala pokok mangga tersebut berbuah pada dahan tertentu dan bukan serentak yang menyebabkan akan ada buah yang sudah masak, buah muda, putik buah dan ada yang baru berbunga.

Bagi mengatasi masalah buah mangga yang berulat di dalam, kak Chah menyarankan agar garam kasar ditaburkan sekeliling pokok mangga dengan jarak dua hingga tiga kaki dari batang pokok. Hasilnya bukan sahaja buah tidak berulat, isinya juga manis.

Post Berkaitan

Leave a Reply