Cara Membuat Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh. Pembuka Selera Paling Umph!

Kami kongsikan kepada anda menu Penaik Selera. Cara untuk membuat Sambal Ketuk Ikan Bilis, Cili Api bersama Belimbing Buluh. Kalau ada menu ni, Perghh memang cukup la. Makan bersama nasi panas-panas. Tak sedar nasi habis nanti.\

Terima kasih kepada Puan Nazura Zainal Abidin.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

Cili Api Merah secukupnya.
Cili Hijau secukupnya.
Cili Merah secukupnya.
2 Biji Bawang Merah.
1 ulas Bawang Putih.
Segenggam Ikan Bilis Direndam Dan ditoskan.
Stok Kiub Ikan bilis.
Sedikit Gula.
Beberapa biji Belimbing Buluh dihiris halus.


Langkah-Langkah Penyediaan Sambal Ketuk:

1.Goreng kesemua bahan dengan sedikit sahaja minyak sehingga kekuningan. Ikan bilik digoreng tidak terlalu rangup.

2.Tumbuk lumat kesemua bahan dengan mencampurkan sedikit gula.


3.Bagi belimbing buluh, tumbuk belimbing tu biar pecah-pecah je dan jangan sampau lumat. Memang Sedap.


Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada yang lain. Terima kasih.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply