Curi Motor, Jual Di Media Sosial, Tak Sedar Jual Ke Tuan Sendiri.

Marzi (38) nekad membawa lari sebiji motor Yamaha yang berada di hadapan sebuah gerai makan. Pemilik motor singgah sebentar untuk membeli minuman, akibat ingin cepat kunci motor tersebut tertinggal di motor.

Pelaku dengan mudah membawa lari motor yang kuncinya masih di motor. Namun, ironinya, Marzi tertangkap pemilik motor setelah beliau mencuba untuk menjual motor curi kembali kepada tuannya.

Kejadian bermula Azizol (35) flat Sri Kelantan, Sentul, lupa mencabut kunci motor miliknya. Melihat peluang yang telah terhidang Marzi langsung bertindak dan dengan beberapa saat dia telah membawa lari motor milik Azizol. Namun, siapa sangka, motor curi tersebut kemudiannya telah dimuat naik di laman sosial oleh pencuri untuk cuba mendapatkan pembeli. Kawan kepada Azizol terlihat gambar motor tersebut di laman sosial dan memberitahu kepada Azizol berkenaan motor yang hampir sama dengan motor beliau yang dicuri.

Azizol yang hampir pasti bahawa gambar motor tersebut adalah motor milik beliau menyamar sebagai pembeli dan berkomunikasi dengan pencuri berminat ingin membeli motor yang ingin dijual. Azizol menetapkan bahawa sebelum dia ingin membeli dia ingin untuk melihat keadaan motor tersebut. Tidak merasa curiga Marzi bersetuju untuk untuk bertemu Azizol untuk menunjukkan keadaan motor tersebut. Harga jualan ditetapkan di dalam komunikasi laman sosial dan kemudiannya tempat dan masa dipilih oleh Marzi untuk bertemu sua.

Azizol pasti bahawa motor yang berada di laman sosial tersebut adalah motor milik beliau telah menghubungi pihak Polis untuk meminta bantuan saat bertemu dengan Marzi.

Pada masa dan tempat yang di tetapkan ternampak Marzi yang gembira apabila ternampak kedatangan Azizol. Setelah Azizol membelek-belek dan menyelidiki keadaan motor tersebut, Marzi memberitahu di sebabkan Azizol datang awal dia ingin memberi diskaun sebanyak 40%, jadi harga yang dituntut sekarang adalah RM 2000 sahaja. Azizol yang sedar bahawa motor tersebut milik beliau dan cuba tawar-menawar dan pada masa yang sama Azizol memberi signal kepada beberapaorang polis yang berpakaian preman yang berada berhampiran tempat jual beli tersebut.

Pihak Polis dengan tangkas memberkas Marzi yang terkejut dengan kedatangan beberapa orang yang menyerbu beliau.

“Siasatan lanjut turut membawa kepada penemuan sebuah lagi motosikal yang dilaporkan hilang pada 16 September tahun 2020.

“Kita sedang menyiasat sama ada suspek ada kaitan dengan beberapa lagi kes curi motosikal dilaporkan di kawasan Sentul sebelum ini,”

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu jenayah mencuri kenderaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.