Pemandu wanita yang menyebabkan kemat!an seorang anggota tentera dipenjara 6 tahun dan denda.

dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh d4dah.

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas tuduhan dihadapi.

Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang, membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan tiada cukai jalan serta insurans, selepas turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Nur Fatin kini menjalani prosiding pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan d4dah ke dalam badan.

Sabtu lalu, polis menahan wanita yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, hingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini kerana rakaman video yang tular dalam media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

“Video itu turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju. Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan positif d4dah jenis meth4mphetamine lagi,” katanya.

Ayob Khan (tengah) melakukan lawatan selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di Pâradigm Mall, Johor Bahru hari ini.
Ayob Khan (tengah) melakukan lawatan selepas merasmikan Program PDRM Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian IPD di Pâradigm Mall, Johor Bahru hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di Paradigm Mall di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas keretanya dirempuh kereta suspek.

Kemalangan itu melibatkan kereta Perodua Myvi dipandu suspek, kereta Honda Accord dipandu Mohd Rizal dan sebuah kereta Proton Iswara yang dipandu seorang warga emas, Chang Ah May, 78.

Kereta dipandu suspek sebelum itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan melanggar kereta mangsa serta Proton Iswara sebelum dua kereta tersebut terbalik.

Video dan foto berkenaan kejadian tersebut menjadi tular dalam media sosial dan tersebar sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, siasatan mendapati suspek wanita itu tidak bekerja dan beralamat di Kluang.

“Wanita berkenaan sudah ditahan semalam dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif d4dah,” katanya.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *