Eh, Dia ni nak main Kejar2 Pulak.. Aku Makan Kang Baru tau. Bagaikan Tom & Jerry, Nampak Mcm Si Jerry Tak Mahu Kalah tu……

Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat di negara ini untuk memiliki haiwan peliharaan di rumah mereka. Haiwan yang dipelihara pula biasanya bergantung kepada kecenderungan dan minat masing-masing. Akan tetapi kucing selalunya menjadi pilihan mungkin kerana ia merupakan haiwan yang sangat manja dan mungkin senang diurus. Sifatnya yang kadang kadang lucu juga boleh menghilangkan tekanan yang dialami sesiapa sahaja. Dengan erti kata lain, melihat keletah kucing boleh menjadi satu terapi menghilangkan rasa bosan, stress dan depresi.

Selalunya minda kita akan mengatakan yang Kucing adalah haiwan yang memakan tikus dimana tikus akan takut dan lari sekiranya ternampak kucing. Itu mungkin berlaku hanya kepada kucing yang lasak dan bukan kucing yang dipelihara dengan penuh kasih sayang. Kucing yang kita gelar house cat yang manja selalunya tidak kisah jika ada tikus duduk dihadapan mereka.

Satu video perkongsian rakan FB telah mencuit hati para netizen dimana seekor kucing takut kepada seekor tikus. Tikus tersebut pula nampak lasak dan tidak takut langsung kepada haiwan yang sepatutnya boleh mejadikan ia makanan. Pelik tapi benar dimana zaman sekarang kita boleh tengok ada banyak kucing yang takut atau tidak kisah akan tikus.

Dibawah adalah antara komen menarik daripada para netizen yang mencuit hati:

 

Post Berkaitan

Leave a Reply