Eh ko nie tak layak la nak mandikan j3nazah, rambut pun panjang serabai. Geng Rockers bukan sembah batu ke?

Badan pertu.buhan am4l, Skuad Peng.urusan J3nazah (SPJ) Malaysia meluahkan rasa kecewa selepas salah seorang 4hlinya dipandang slnis segelintir masyarakat gara-gara tidak memakai songkok dan berambut panjang.

Tak Menampakkan ‘Islamik’, jurumandi M4YAT dicemuh kerana berambut panjang

Dalam satu posting di Fesbuk, SPJ Malaysia menasihati masyarakat agar tidak memandang seseorang itu dari segi luaran semata-mata kerana ada individu di luar sana yang berpewatakan baik tetapi rupa-rupanya seorang pendusta.

“Ada satu pihak yang tidak berpuas hati dengan 4hli skuad kami ini. Kes4lahannya di mata mereka adalah kerana dia berambut panjang dan tidak memakai songkok atau kopiah seperti mereka.

“Katanya penampilannya langsung tidak menunjukkan imej sebagai seorang juru mandi j3nazah.




“Mungkin bagi mereka penampilan seorang juru mandi j3nazah haruslah berserban dan berjubah sepanjang masa, atau bersongkok dan berbaju batik seperti seorang tokoh k0rporat lagaknya.

“Usah terp3daya tuan-tuan. Hari ini ramai yang berwajah suci tapi dalamannya berdebu.

“Kadang luarannya nampak warak, rupanya dialah pemb0hong, pembelit dan penlpu.

“Ada juga yang berkopiah atau bersongkok sentiasa di kepala, rupanya kaki perempuan dan pengikis harta si isteri,” tulisnya dalam posting tersebut.

Menurut pihknya, lelaki itu dikenali sebagai Nasrul Chan, seorang pel4jar di Yaman dan bakal bergelar Al-Hafiz tidak lama lagi.

“Saya sengaja ketengahkan 4hli skuad kami yang berambut panjang ini. Sebab hari ini dia dicemuh kerana penampilannya tidak sesuai sebagai seorang tukang mandi j3nazah menurut mereka yang berwajah suci.

“Sebenarnya siapa pun kita, yang berhak menilai hanyalah Allah. Begitu ramai orang yang bermasalah dan dipandang seolah 4hli n3raka tetapi sangat berusaha untuk menjadi 4hli syurga.

“Begitu ramai juga 4hli syurga kononnya tapi hakikatnya talam dua muka. Kesudahannya kelak hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui,” tulisnya.

Post Berkaitan

Leave a Reply