Kerana raya mengejut pada tahun ini ,suasana menjadi kelam kabut pada semua warga Malaysia .Tambahan kepada pemilik haiwan perliharaan yang tidak sempat untuk mengantar haiwan ke hotel haiwan atau tempat tumpang haiwan sementara kerana kesuntukan masa untuk pulang ke kampung.
Beberapa hari2 ini kecoh mengenai sekor kucing bernama ABU yang telah mendatangkan kekecohan dirumah tuannya ketika tuannya pulang ke kampung dan meninggalkan dia dengan beberapa ekor lagi kucing yang lain.
Demikan gambaran yang diberi oleh sebuah keluarga selepas melihat rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari dipenuhi kesan pewanar makanan dan bekas-bekas plastik bertaburan dilantai dapur rumah mereka.Mereka juga berkata melihat keadaan itu seperti melihat tempat pembunuhan kerana dipenuhi pewanar yang bercampur dan berterabur disana sini.
Suria Fatin Sidek,berkata sebelum pulang ke kampung di kuanta ,Pahang,dia telah menyediakan bekalan makanan dan minuman yang secukupnya untuk 4ekor kucing perliharaannya.
Namun tidak diduga ,keadaaan rumah menjadi bersepah dan dipenuhi pewarna makanan gara-gara kenakalan kucing nya yang bernama abu.Suria mengakui sangat terkejut dengan keadaan rumah mereka ketika menjejak kan kaki ke dapur rumah nya yang kelihatan seperti tempat pembunuh4n dipenuhi dengan tompkan pewarna makanan.
Suria berkata lagi yang dia baru kali meninggalkan kucingnya bersendirian dalam tempoh lama ekoran kesuntukan masa.
Walaupun masih lagi kepenatan selepas menempuh perjalanan panjang dari kampung halaman ke kediaman nya ,wanita itu terpaksa membersihkan rumah dan memandikan Abu dan anak-anaknya.