Apa Sebab Kucing Ni Makan Sambil Mengeluarkan Air Mata, Tiba2 Je Muncul Dari Ceruk Mana Ntah

Kucing ini tiba-tiba muncul dari hutan. Disebabkan terlalu lapar, makan sambil menangis. Subhanallah. Sedih bila mendengar kes-kes kek3jaman terhadap haiwan jalanan yang semakin menjadi-jadi. Meskipun hukuman dikenakan, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang lain agar tidak meny3ksa haiwan yang tidak bers4lah ini.

Kucing ini lapar semasa makan sambil menangis adalah kerana tanda terima kasih atas ihsan manusia.

Haiwan yang tidak bertuan pasti susah untuk mencari makanan sendiri, selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.

Seorang pengguna media sosial, Balinda Arifin telah berkongsi kisah sedih apabila beliau memberikan makanan kepada seekor ku cing yang sedang kelaparan.

Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan. Ia sekaligus menyebabkan wanita ini serta suaminya menangis sama, mengenangkan nasib kucing jalanan itu.

Hantaran wanita ini juga menjadi tular di media sosial, yang turut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan keadaan kucing berkenaan.

Dikesempatan ini, orang ramai diingatkan agar tidak berlaku k3jam terhadap hidupan, termasuklah haiwan dan alam sekitar.

Sumber:  Balinda Arifin

Leave a Reply

Your email address will not be published.