Gelagat Kucing Ini Seakan Akan ‘Beratur’ Meminta Makanan Buat Ramai Terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekaligus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadangkala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @dayanamrys memaparkan suasana sebuah gerai jualan nasi.

Apa yang mencarik perhatian ialah gelagat seekor kucing yang seakan beratur di kalangan pelanggan gerai tersebut, sambil berpaut pada meja tanda meminta sesuatu daripada pemilik gerai.

“Made my morning. I love cats sm,” tulis @dayanamrys di ruangan kapsyen.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 490.1k tontonan, 72.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Sumber : tiktok dayanamrys via: keramatviral

Post Berkaitan

Leave a Reply