Kucing merupakan salah satu makhluk tuhan yang paling disenangi, malah kucing ini adalah binatang kesayangan Nabi Muhamad. Siapa je yang tak suka kucing…. mungkin yang tak suka kucing tu ada alahan atau memang takut akan kucing. Melayan kerenah kucing ada kalanya sama seperti melayan kerenah kanak-kanak yang sedang membesar. Macam gelagat seekor kucing putih ini yang menarik perhatian ramai apabila bijak menjawab pertanyaan dari pemiliknya.
Bukan sahaja mampu menjawab semula malah reaksinya juga seakan-akan faham dengan apa yang dikatakan oleh pemiliknya itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya ketika diajak makan. Biasanya kucing pasti pantang jika diajak makan dan akan segera berlari ke tempat makanan mereka.
Namun berbeza pula dengan kucing ini yang terpaksa dipanggil oleh pemiliknya sendiri. Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu siap membalas semula setiap pertanyaan yang ditanya oleh lelaki itu.
Lebih melucukan, setiap pertanyaan yang diajukan dibalas satu persatu oleh kucing itu yang kekal duduk diam di situ. Reaksinya ini juga seolah-olah kucing itu faham apa yang sedang dikatakan oleh pemiliknya itu sehingga dia mampu membalas kesemua pertanyaan itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi spontan dari kucing itu. Malah ada yang turut memuji kecomelannya ini yang kelihatan seperti anak yang sedang menjawab soalan dari si ayah.
“suara die…melting”
“pandai berborak ye”
pandainye menjawab”