Nak pelampung! Saya baby lagik laa bibik. Kenapa suruh saya berenang.

[VIDEO] “Saya Taknak Belajar Berenang” Reaksi Kucing Ini Ketika Dimandikan Undang Tawa Warganet

Comel…. itu adalah ungkapan yg mungkin pertama sekali keluar dari mulut apabila ditaya soal kucing. Umum mengetahui bahawa kucing sangat takutkan air. Tidak kira la sama ada kucing jantan mahupun betina, kedua-duanya memiliki ketakutan yang sama.

Jika kucing takutkan air, maka bagaimana pula mereka mandi? Ini merupakan persoalan dan juga detik yang paling menggusarkan bagi setiap pemilik kucing kan?

Situasi lucu terjadi apabila perkongsian video tiktok di bawah menunjukkan si meow seakan-akan sedang merayu pada pemiliknya untuk dilepaskan.

Meskipun tiada sebarang reaksi ganas ditampilkan si meow, mukanya yang seakan merayu dan bersedih cukup mencuit hati.

Di bawah ini adalah antara komen2 lucu daripada warga netizen,… rata2 daripada mereka yang menonton berasa terhibur & merasai mahu mempunyai dan membela kucing apabila melihat kucing comel ini dimandikan.

Post Berkaitan

Leave a Reply