Burung unta atau nama inggerisnya Ostrich adalah burung terbesar yang masih hidup dimana engan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), burung ini cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit.
Kisah ini telah lama berlaku dalam beberapa tahun yang lepas dimana Gelagat seekor burung unta yang berlari di Lebuhraya Persekutuan petang Khamis menarik perhatian ramai pengguna jalan raya di laluan itu.
Dalam keadaan lalu lintas yang sesak di lebuh raya itu, kebanyakan pengguna jalan raya mengambil kesempatan merakam aksi burung unta itu yang dilihat sedang berlari menuju ke pusat bandar.
Satu rakaman video yang dimuat naik Jeff Sandhu di laman instagramnya kira-kira 4 petang menunjukkan burung unta itu memintas beberapa kenderaan di lorong ketiga lebuh raya itu.
Menurut Jeff, ia adalah perkara pelik yang berlaku di lebuh raya dan menimbulkan tanda tanya kepada pengguna.
“Semasa melalui laluan itu, saya lihat burung unta itu berlari dari arah perhentian bas Universiti Malaya menuju ke Lebuhraya Persekutuan lalu menghalang lalu lintas menyebabkan banyak kenderaan berhenti untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.
“Burung itu seolah-olah tiada arah tuju dan kerap menukar laluan sehingga menutup (menghalang) laluan di lebuh raya itu sebelum menghala ke bangunan RTM. Saya terpaksa berhenti mengejar kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri.”
Dalam pada itu, di laman twitter, perkataan Federal Highway menjadi ‘trending’ susulan video yang dimuat naik itu dan sudah dilihat lebih 16,000 pengguna di Instagram milik Jeff setakat jam 11 malam.
Rata-rata netizen tercuit hati dengan telatah burung berkenaan dan seorang pemilik akaun twitter Mas@Marlinasalleh berkata “comelnya burung unta terlepas di atas highway. Haha”.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud ketika dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
Burung unta itu dilaporkan ditangkap kira-kira jam 4.15 petang tadi, dan akan dibawa pulang ke pemilik ladang burung unta, Ostrich Wonderlands di Semenyih.