Garing, rangup dan sedap menjilat jari itulah keistimewaan kentang goreng yang menjadinya sebagai kudapan yang mengenyangkan kerana ia mengandungi karbohidrat sebagaimana yang terkandung dalam nasi. Ramai orang orang menyukai kentang goreng. Lagi-lagi jika beli kentang goreng di KFC ataupun Mcd.
Untuk menghasilkan kentang goreang ala restoran yang rangup dan garing ini, anda perlu lah tahu resepi dan caranya yang betul.
Nak dapatkan kentang goreng yang rangup ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.
CARA BUAT KENTANG GORENG CRUNCHY
Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.
Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
BAHAN-BAHAN :
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARANYA :
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat. ) Kalau hirisan tu tebal kita rebus jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan didalam air beserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat.
Dan goreng secara ‘deep fried’
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. likedanshare resepi ni kat wall ade masa boleh la buat nanti.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Selamat mencuba!