Kucing dengan anjing memang haiwan yang bermusuahan. Mana tidaknya, masing2 merupakan haiwan kegemaran manusia untuk dijadikan binatang peliharaan dirumah. Akan tetapi ada juga kucing dengan anjing yang boleh berkawan.
Kadang-kadang di dalam persahabatan, pasti ada masanya kita berasa menyampah dan meluat dengan rakan kita dan mahu menjauhkan diri seketika daripada mereka.Jika anda perlukan tips bagaimana untuk menjauhkan diri daripada rakan anda, mungkin anda boleh tiru cara kucing dalam video di bawah ini.
Sebuah video TikTok baru-baru ini tular menunjukkan telatah lucu persahabatan antara kucing dan anjing penuh drama.
Menurut pemilik kedua-dua haiwan tersebut, bulusnya yang bernama Milo itu akan memerangkap anjingnya yang bernama Beckham untuk masuk ke sangkar dan mengurungnya setiap kali ia menyampah dengan rakannya itu.
Caranya, Milo akan masuk ke dalam sangkar terlebih dahulu kemudian Beckham akan ikut masuk ke dalam sangkar untuk bersama Milo.
Sejurus Beckham masuk ke dalam sangkar, Milo akan terus keluar dan menutup pintu sangkar meninggalkan Beckham di dalam.
Dibawah adalah antara komen2 menarikd aripada para netizen :