Ramai Netizen Puji Video Ibubapa Didik Anak Hargai Jasa Pekerja Pembersihan

Kita memang kena berterima kasih kepada pekerja pembersihan kerana merekalah yang paling banyak berjasa dalam menjaga kebersihan di kawasan persekitaran.

Cuba bayangkan kalau mereka tak kutip semua sampah? Mesti kita akan dikelilingi dengan bau busuk dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, ulat dan sebagainya.

Tanpa mereka, kita tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Jadi, tak salah rasanya untuk kita mengajar anak-anak sedari mereka kecil untuk menghormati para pekerja kebersihan yang sangat berbakti buat kita.

Pekerja pembersihan merupakan mereka yang paling berjasa untuk menjaga persekitaran kita. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menikmati kehidupan yang selesa kerana kebersihan adalah salah satu bentuk keselesaan lebih-lebih lagi di kawasan perumahan.

Hal ini samalah seperti yang dipraktikkan oleh pengguna TikTok menggunakan akaun bernama @denik923 apabila berkongsi momen anaknya menyantuni pekerja kebersihan yang sedang mengangkat sampah di hadapan rumah.

Bagi air kotak dekat pakcik Alam Flora

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian warganet di mana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah.

Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang memegang air kotak Milo diiringi oleh ibunya berjalan ke arah seorang pekerja pengutip sampah Alam Flora.

Pekerja tersebut membongkok sambil tersenyum melihat gelagat anak kecil itu dan menunggu dengan sabar untuk kanak-kanak itu menghulurkan air kepadanya.

Sementara bapa kanak-kanak itu merakamkan kejadian itu dan memberitahu kepada anaknya untuk mengucapkan terima kasih.

Video diakhiri dengan lambaian kanak-kanak tersebut kepada pekerja itu sebelum dia berlalu dengan senyuman.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Rata-rata komen penonton video tersebut memuji tindakkan keluarga ini kerana jarang sekali orang menghargai pekerja yang mengutip sampah.

“Bagusnya ajar anak hargai orang-orang yang kerja penat macam ni, tanpa diorang tak bersih tempat kita,” komen seorang pengguna TikTok yang bernama Elfiqa.

Ramai juga yang mendoakan agar keluarga ini sentiasa dimurahkan rezeki dan anak tersebut membesar menjadi seorang anak yang baik.

Setakat ini, video tersebut mendapat 157,400 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka di TikTok.

Terima Pujian Ramai

Mereka juga berharap agar orang ramai dapat mencontohi amalan ini kerana didikan sedari awal mampu menjadikan anak-anak membesar menjadi insan yang lebih baik.

Budaya tersebut telah mendapat perhatian ramai dan memuji didikan seperti itu agar anaknya membesar dalam persekitaran yang saling hormat-menghormati kepada semua golongan.

Sumber: TikTok @denik923 via ohmymedia / kalamindah

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *