Tular Rakaman Burung Gergasi Tangkap Jerung Dekat Pantai Penuh Pengunjung

Tular Rakaman Burung Gergasi Tangkap Jerung Dekat Pantai Penuh Pengunjung

Sudah tentu apabila sesuatu yang pelik atau tidak pernah kita lihat sepanjang hidup akan membuatkan kita terkejut dan tergamam apabila ia tiba-tiba berlaku didepan mata.

Pengunjung Myrtle Beach, South Carolina terpegun apabila melihat seekor burung gergasi melayang di atas langit sambil membawa seekor ikan besar.

Video yang dirakam oleh seorang warga Tennessee, Ashley White dari tingkat 17 pangsapuri percutiannya itu menunjukkan ikan itu masih sedang bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman burung gergasi berkenaan.

Video yang telah meraih lebih 8 juta tontonan di Twitter itu mencetuskan perdebatan tentang jenis burung dan ikan berkenaan yang kelihatan mirip ikan jerung, di samping meraih pelbagai komen menarik.

Sementara banyak pengguna berpendapat bahawa burung besar itu adalah burung osprey kerana ia cukup kuat untuk menangkap ikan sebesar itu dari dalam air, ada juga bergurau bahawa mungkin ia adalah burung pterodactyl. Segelintir pengguna sosial juga meneka burung kondor atau helang.

Walaupun ramai yang yakin ikan tersebut adalah ikan jerung, ketua pakar meteorologi dengan media tempatan WPDE yang berkongsikan rakaman tersebut ke Facebook berpendapat bahawa rakaman itu menunjukkan burung osprey menangkap ‘ikan kembung besar Sepanyol’. Ospreys juga dikenali secara tempatan sebagai helang ikan.

Post Berkaitan

Leave a Reply