Ingatkan tak tahu nak turun, rupanya dah tunggu depan pintu lif… Meow jaman now…

Seperti yang kita sedia maklum kucing merupakan makhluk yang unik kerana kucing faham kalau kita berkomunikasi dengan mereka cuma makhluk yang bernama kucing ini tidak pandai menjawab apa yang kita cakapkan kepada mereka.

Selalunya kucing kalau dia faham akan percakapan kita, dia akan membuat bunyi meow menandakan dia sedang bercakap dengan kita. Sering kali kalau kita berjumpa dengan seekor kucing? Kita akan terus bertegur sapa walaupun kita tidak menjaga kucing-kucing itu.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang terjumpa dengan seekor kucing cerdik yang ingin “menumpang” lift yang dia hendak naiki. Kucing itu dilihat menunggu di depan pintu lift itu dengan harapan ada yang menolongnya menekan butang buka atau pintu lift itu akan terbuka bila ada yang sedang turun. Lelaki itu menaiki lift bersamanya.

Video :

Selepas video itu telah menjadi tul4r di aplikasi TikT0k, lelaki itu dan isteri sekali lagi terjumpa dengan kucing yang sama dan kali ini kucing itu ingin turun dengan menaiki lift. Menurut lelaki itu, kucing itu bukan kepunyaannya dan memang terjumpa dengan kucing itu adalah satu kebetulan sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kecerdikan kucing itu yang pandai menunggu lift untuk turun dan naik ke tempat tinggalnya. Ada juga yang tergelak kerana selalunya manusia yang naik lift tetapi sekarang ini, kucing pun pandai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.