Jatuh Dalam Lubang Sedalam 4.5Meter,Lelaki Dikerumuni Tikus Tak Dapat Menjerit Minta Tolong .Mujur Ada Penyelamat Datang Cepat

Malang tidak berbau, dahlah terJatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, kemudian Lelaki ini Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong. Seorang lelaki yang sedang menunggu bas ditimpa malang apabila terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang tidak ditutup.

Kejadian yang mengejutkan orang ramai itu berlaku di Bronx, New York City, Amerika Syarikat. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, bukan saja lelaki terbabit jatuh ke dalam lubang sedalam 4.5 meter, tetapi juga dikerumuni tikus dalam jumlah yang ramai!

Orang ramai yang berada berhampiran cuba menyelamatkan lelaki itu tetapi tidak dapat.

Ini kerana lubang tersebut sangat dalam dan lelaki berkenaan juga hilang dalam pandangan mereka. Pasukan Bomba kemudiannya dipanggil untuk menyelamatkan lelaki berusia 33 tahun itu.

Menurut Daily Star, Lelaki tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang besar atas usaha pihak Bomba dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan.

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Greg White, apa yang lebih mengerikan buat adiknya itu ialah dia dikerumuni oleh sejumlah tikus yang terlalu  banyak hingga tidak berani membuka mulut untuk meminta pertolongan.terlalu ramai dalam lubang berkenaan akan masuk ke dalam mulutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.