Memelihara haiwan kesayangan adalah sesuatu perkara yang sangat mulia dan dicintai oleh Tuhan. Ia diibaratkan seperti memberi satu nyawa yang tidak mempunyai akal namun mempunyai perasaan untuk diberi kasih sayang,perhatian dan belaian . Pasti itu menjadi bahagian penting ,awalnya mungkin kita rasa biasa tapi ketahuilah jika mereka hilang pasti kita yang sasau, ye tak .
Kalau hilang tak balik dah keluar mencari serata tempat seperti anak yang dicvlik, jika mati mereka mungkin seakan berkabung untuk satu jangka masa melepaskan fasa kehilangan walaupun ia adalah haiwan.
Itulah yang berlaku pada seekor anjing yang sesat jauh dari rumah.
Alkisahnya Milo hanya keluar berjalan sekadar bermain disekitar kawasan namun dek kerana teruja akhirnya dia tersesat jauh dari laluan rumahnya.Yang lebih kasihan apabila semasa tersesat dia akhirnya terjatuh dalam lubang binaan yang direka untuk menyimpan gandum dan bijirin.
Bukan sehari tapi 40 hari terperangkap dilubang berkenaan tanpa mendapat bantuan dari sesiapapun. Mungkin kerana faktor lubang tersebut dibawah tanah jadi tak hairan lah tak ada yang melalui kawasan itu akan sedar atau perasan Milo dibawah situ.Kasihan Milo kan..
Sepanjang 40 hari itu , Milo cuba menyalak dengan nada sayu memohon bantuan dari luar jika ada manusia yang sedar dia dalam lubang berkenaan , namun kekurangan tenaga tiada sumber air dan makan , sepertinya Milo menanti mat! .
Namun, usaha tidak terhenti.Pemiliknya tidak berputus asa sepanjang kehilangan Milo.Mereka bertindak menyebarkan berita tentang kehilangan Milo dengan menampal poster disekitar kawasan dan memuat naik gambar Milo the missing dog .
Namun setelah hampir sebulan masih tiada perkhabaran dan dapat dikesan dimanakah lokasi kehilangan Milo.
Mungkin Milo juga tahu pemiliknya juga sedang berusaha mencari walau telah hilang hampir sebulan lamanya, Milo masih cuba menyalak sebagai tanda SOS jika kemungkinan ada yang mendengar.Mujur sangat , pada satu malam terdapat beberapa rumah kejiranan yang terdengar suara anjing menyalak sayup sedih . Keesokkkannya mereka segera melaporkan ke tempat perlindungan haiwan Kent Country di Amerika Syarikat.
Terima kasih kepada beberapa jiran yang mendengar dia menyalak dan yang memberitahu tempat perlindungan haiwan Kent County di Amerika Syarikat jika terdapat seekor anjing terjatuh di dalam lubang yang sukar diselamatkan oleh mereka.
Kakitangan pusat perlindungan bergegas ke lokasi sebaik menerima berita berkenaan dan memang betula ada seekor anjing yang sedang ketakutan dan kesejukkan di dalam perigi gelap berkenaan .
Perigi itu agak dalam, jadi ia mengambil seluruh pasukan dan beberapa gerakan untuk menyelamatkan anjing yang telah tidak berdaya itu.
Melihat situasi penyelamatan agak sukar , jiran-jiran memutuskan untuk menyertai operasi untuk mengeluarkan anak anjing itu.Mereka bertungkus lumus bersama-sama membantu pegawai membungkus tali di sekeliling anak anjing itu dan dengan itu membawanya ke permukaan.
Milo telah kehilangan hampir 14 kilo dalam masa tempoh 43 hari dia terperangkap di dalam perigi gelap itu.
Milo benar-benar kekurangan zat dan mengalami hipotermia, dia segera dibawa ke tempat perlindungan Kent Country .
Pemilik Milo akhirnya dimaklumkan bahawa anjing milik mereka berjaya diselamatkan.Walaupun poster yang disiarkan mempunyai banyak beza dengan anjing yang diselamatkan, mereka yakin itu adalah Milo.Dan setiba mereka di tempat pelindungan , mereka mendekati Milo dan Milo dengan segera mendekati mengecam itu adalah pemiliknya.
Walaupun begitu banyak hari hilang , tidak syak lagi, itu adalah Milo kesayangannya yang sangat mereka rindui.
Sehingga kini, mereka tidak diketahui berapa lama Milo menghabiskan masa di dalam perigi itu, tetapi semangat Milo untuk terus bertahan selama tempoh kehilangan itu sangat perlu dibanggakan .Tak cepat tak lambat, Milo diselamatkan tepat pada masanya.
Lagipun, perkara yang paling penting ialah mereka berjaya menyelamatkannya tepat pada masanya dan kini dia menikmati bersama keluarganya.
Kita mengharapkan jika ada pemilik haiwan ,lakukanlah dengan sgera penyebaran poster di media sosial mahupun kejiranan.Mungkin usaha itu membantu anda.
Pencinta haiwan mungkin perlukan GPS Tracker , jadi tak perlu risau jika mereka tersesat jauh > > https://shope.ee/3piKxjXbSy