Jurulatih bola sepak dapat pucuk muda. Tahniah Datuk Zainal Abidin, semoga kekal sepanjang hayat.

Adik kepada penyanyi Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat akhirnya mengesahkan tentang berita dirinya berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna atau nama sebenarnya, Nurshafyna Jebat mengakui tiada apa yang perlu disorokkan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan doa yang baik.

“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberikan komen yang baik-baik. Harap dapat doakan saya dan keluarga”.

Dalam pada itu, Ayda turut berasa bangga kerana adiknya tampil menceritakan perkara sebenar kepada semua oranng.

“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang. – kata Ayda”.

“Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin tentang perkahwinan Fyna bersama suaminya menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan.

Untuk rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada tahun 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Post Berkaitan

Leave a Reply