Kalau arahan macam ni pun boleh ikut, dah boleh masuk PAS KAL ‘push up’ ekor

Apa sahaja perkara yang dilakukan oleh kucing tentunya akan kelihatan comel di mata pencinta haiwan. Tidak kiralah sama ada kucing anda melakukan perkara di luar jangkaan, ianya masih lagi kelihatan comel dan menghiburkan. Sama juga seperti gelagat seekor kucing ini yang telah mencuri tumpuan ramai apabila bijak menggerakkan ekornya apabila diminta.

Gelagat comelnya itu turut membuatkan netizen ‘geram’ melihatnya lagi-lagi dengan posisi haiwan ini yang baring dalam keadaan comel. Video dikongsikan tersebut juga tular apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

Dalam situasi yang sama, kucing itu masih lagi kekal terbaring dan hanya menggerakkan ekornya sahaja. Melihatkan gelagatnya ini, pemiliknya turut sama berdekah apabila kucing itu begitu bijak memahami arahan yang diberikannya.
Video :

Pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan ‘geram’ melihat kecomelan kucing ini. Malah netizen turut berseloroh memberitahu kucing itu sudah layak untuk masuk ke dalam Pas kal memandangkan dia sudah tahu untuk berka wad.

“Acik dok mencari ekor dia. Rupanya ekor dia kontot…”

“Okay dah boleh masuk pas kal…”

“Aku yang tengok rasa geram, dengar kata pulak tu.”

“Benda ni pun aku boleh terhibur.”

Post Berkaitan

Leave a Reply