Tidak semua orang berkemampuan untuk memiliki kenderaan mewah ,satu gambar telah viral baru2 ini menunjukkan seorang bapa mengendong anak nya yang masih lagi kecil menaiki motosikal melalui lebuhraya LATAR untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Walaupun telah ditahan pihak polis ketika perjalanan dan disoal siasat kerana membawa motorsikal dalam keadaan membahaya kerana mengendong anak nya,namun kebaikan hati pihak polis untuk menumpang kan anak nya dan mengiringi nya sehingga sampai ke desinasi.
Melihat kepada situasi itu, pasukan peronda telah menahan penunggang motosikal terbabit.
Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun dan sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak.
Selepas disoal siasat pihak polis telah memberi nasihat kepada bapa itu bahaya perbuatan adalah berbahaya dan boleh mengundang kemalangan untuk diri nya.
Atas faktor keselamatan, pasukan peronda telah mendapatkan kebenaran Komander Lebuhraya Zon Tengah A dan Gerakan Trafik untuk membawa dan menghantar kanak-kanak itu sambil diiringi ayahnya hingga ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur.
Pada musim perayaan ini pihak polis menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati hati dan peka pada keadaan dilebuhraya kerana penambahan kenderaan dan kesesakan jalan semakin bertambah menuju ke ibu kota.
SUMBER:JSPT PDRM