Kerana Keluarga Miskin Tiada Duit, Murid ini Terpaksa Jadikan Selipar Untuk dijadikan Pemadam Di Sekolah

Oleh kerana atas faktor kemiskinan, ramai pelajar yang telah terabai penngajian mereka dan mungkin hanya segelintir sahaja yang betul-betul cergas dan tabah untuk bertahan dan berjaya. Berlaku di Filipina, seorang murid bernama Harold Labutong ini merupakan salah seorang daripada murid yang mempunyai semangat keazaman yang tinggi untuk belajar.

Meskipun datang dari keluarga miskin, murid lelaki ini akan menggunakan apa sahaja yang ada untuk mengatasi masalah kekurangan kelengkapan pelajarannya. Pada Satu hari, murid ini buat silap dalam penulisan dan meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rakannya memberitahu pemadam itu tadi sebenarnya diperbuat daripada selipar.

Harold tertanya-tanya sama ada seliparnya boleh dijadikan pemadam, lalu dia mencubanya sendiri dan ternyata ianya berhasil. Bermula saat itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar dan dijadikan pemadamnya dan diletakkan atas meja.

Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya sangat miskin sehinggakan sebatang pensil pun terlalu mahal buat mereka.

Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi sangat pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.

Pelajar ini nekad untuk berjuang berhabis-habisan untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi.

Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Dan masing-masing menghadapi kekangan dan cabaran yang berbeza.

Selain Harold, sebenarnya ramai lagi pelajar-pelajar miskin di dalam kelas berkenaan. Dan dejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia kongsikannya dengan rakan-rakannya yang lain.

Dan kaedah memadam ini menjadi sangat popular. Guru Harold mengambil gambar Harold menggunakan seliparnya untuk memadam membuat status perkongsian di media sosial.

Rata-rata netizen tersentuh dan bersimpati selepas melihat gambar berkenaan dan ramai yang tampil menderma alat-alat tulis bagi membantu pelajar-pelajar yang bersemangat cekal ini.

Semoga kisah kanak-kanak ini boleh memberikan insprirasi buat kita dimana keazaman mereka untuk belajar dan berusaha meskipun serba kekurangan amatlah terpuji.

Post Berkaitan

Leave a Reply