Menurut perkongsian oleh Facebook Jah Awg Kenit, seorang lelaki yang mengambil upah untuk memotong rumput sedang berjalan kaki menghampiri mereka untuk meminta pertolongan kerana tiak dapat memasuki sebuah pasaraya untuk membeli stok makanan kucing disebabkan beliau tidak mempunyai telefon pinta untuk scan kod MySejahtera.
Atas kebaikan lelaki ituu selama ini dalam memberi makan kepada kucing jalanan sebanyak 30 ekor, beliau telah mendapat tawaran bagi bantuan untuk mengambil stok makan secar percuma di situ tanpa perlu membelinya lagi selepas ini.
Beliau berjalan kaki untuk mengambil upah potong rumput dari satu taman ke satu taman, kemudian lalu depan pasar kami dan tunjukkan plastik kecik makanan untuk kucing..
Lelaki itu mengatakan beliau tidak dapat memasuki pasaraya untuk stok makanan baru bagi kucingnya yang berjumlah 30 ekor keseluruhannya disebabkan beliau tidak memiliki telefon dan tidak boleh scan MySejahtera.
Lalu saya memberitahunya mulai esok ambil je stok makanan dekat sini. Secaratidak langsung Darul Jariyah memberi beliau tugasan tetap bagi makan juga sediakan air minuman pada kucing-kucing gelandangan.
Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki atas kebaikannya yang tak disangka kerana ia adalah haiwan kesayangan Nabi kita. Kit sendiri pun tidak mampu buat macam apa yang dia buat sekarang ni. Ia sangatlah tanggungjawab yang sangat-sangat besar.