Ketam Gergasi Bermodel ‘Civic’ Terjunam Ke Dalam Ban Buat Ramai Cemas….

Bila sebut sahaja kenderaan berjenama Honda, siapa sahaja tidak mengimpinkannya lagi-lagi para lelaki. Sebuah kereta yang menjadi idaman para jejaka kerana reka bentuknya yang unik serta kelajuan yang mantap.

Seorang usahawan makanan berkongsi detik cemas melihat kejadian sebuah kereta jenis Honda Civic yang digelar ‘Civic ketam’ terjunam ke dalam ban selepas merempuh kenderaannya.

Mangsa yang dikenali sebagai Farhan Hanani, 28, berkata, kejadian pada malam itu berlaku berhampiran simpang di hadapan sebuah restoran semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda Civic yang dipandu dari arah bertentangan sebelum melangg4r kereta kami. Semasa itu hujan. Nasib baik sempat elak. Jadi, kereta kami okey, cuma langgar tayar belakang.

“(Tapi) masa itu hanya Allah yang tahu, jantung rasa nak gugur. Semasa turun daripada kereta tengok kereta (yang melangg4ar) terbab4s ke dalam ‘ban busuk’. Airnya deras,” katanya ketika dihubungi.

Farhan memberitahu, dalam keadaan panik dia menghubungi talian 999. Kebetulan orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu menyelamatkan mangs4 keluar dari keretanya.

Video :

Wanita itu bersyukur kerana mangs4 lelaki berbangsa Cina bersama dua anaknya selamat, tetapi kereta mereka dihanyutkan arus deras.

“Nasib baik kami naik kenderaan pacuan empat roda. Kalau tidak memang kami terjatuh parit dulu,” katanya yang pergi semula ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan semasa.

Tambah Farhan, ekoran kejadian itu, suaminya membuat laporan polis di Balai P0lis Trafik Seberang Perai Tengah..

Terdahulu, sebuah video memaparkan sebuah kereta Honda Civic berwarna merah dibawa arus tular dalam media sosial

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *