Mendapat hampir 1,500 perkongsian, cerita ibu muda yang dikongsikan di laman Facebook Vitaminbae dapat perhatian warganet Malaysia khususnya sekitar Tawau,Sabah
Semalam viral gambar seorang ibu muda yang sedang menjual air tebu di tengah panas sambil ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan.
Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya.
Mereka akan menumbuk tebu s3awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tEbu akan dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi b0tol bersaiz 1.5liter.
Berikut perkongsian Vitaminbae :
Alkisahnya, perancangannya hendak mencari ibu muda ni petang hari.Alhamdulillah syukur pada sekitar jam 2 kami melintasi tempat ini, rezeki bertemu dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya.
“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berk4itan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..
Alhamdulillah, dapat mebahagikan sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya.
Luar biasa semangat juang akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan dagangannya. Subhanallah!
Yang saya terharu, bila ibu muda ni kata rezeki ni dia nak berbagi dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan s4kit lumpuh. Allahu akbar..
Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih.”
Alhamdulillah, dagangan ibu muda ini mendapat sambutan orang ramai. Malahan ramai yang ingin memborong jualannya. Hebatnya semangat seorang ibu.
Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat dan jiwa berani ibu ini.
Sumber : RealMerah / FB Vitaminbae / mypendidik
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di IMuslimNetwok