Nasib Baik Kucing Ni Jadi Hero Kalau Tak, Apalah Nasib Yang Akan Jadi Dekat Bayi Ni

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling diminati oleh orang ramai disebabkan perangainya yang manja dan mencuit hati. Ramai pencinta haiwan yang memiliki haiwan peliharaan nya tersendiri, namun ada juga yang minat tapi tidak boleh membela atas sebab tertentu.

Baru-baru ini viral satu video yang telah dikongsikan, kisah seekor kucing dan seorang bayi. Rata-rata netizen yang tengok video ini berdebar-debar kerana menyaksikan bayi itu hampir ditimpa sesuatu yang tidak dijangka.

Dalam rakaman tersebut, seperti yang dilihat bayi itu sedang merangkak menuju kearah tangga yang curam, tapi nasib baik waktu itu si bulus atau kucing itu sempat bertindak dengan segera dan menjadi penyelamat.

Kucing tersebut sedar akan kelakuan bayi berkenaan lalu segera menuju kearahnya dan seolah-olah faham akan bahaya dan cuba menahan dah tolak bayi itu dengan sedaya upaya agar jauh dari anak tangga.

Tindakan yang di ambil oleh kucing itu dianggap berjaya kerana bayi tersebut berundur semula dan terselamat daripada risiko yang berbahaya. Perbuatan kucing terhadap bayi berkenaan telah dirakam oleh sebuah CCTV dan kemudian di kongsikan dimedia sosial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.