Jangan Langg4r Sembarangan,.. Lihat dulu kat depan sebelum Mula Memandu,… Tak Pasal2 diburu pihak Animal Malaysia.

Kadang kadang manusia membuat keputusan atau melakukan tindakan mengikut hawa nafsu atau kemarahan yang melanda ketika itu. Apalah salahnya bertenang seketika apatah lagi semasa mahu memandu.

Satu perkongsian video daripada pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian ramai. Kisah ini sudah masuk berita pun. Rakaman telah diambnil daripada CCTV sebuah bangunan menunjukkan seorang wanita (seperti yang dinyatakan dalam berita) telah atau mungkin dengan sengaja telah melanggar seekor kucing yang berada dalam laluannya. Sebenarnya boleh sahaja jika dia meng hon untukmenghalau kucing tersebut atau berhenti sekejap untuk menghalaunya ketepi.

Tindakan terus melanggarnya tanpa hati perut amat tidak berperikemanusiaan. Tidak pasti samada kucing tersebut masih hisup atau sudah mati tetapi jika dilihat daripada video, nampaknya kucing tersebut seperti nazak. Kesian kucing tersebut kerana tidak pasal2 diperlakukan seperti itu.

Jika wanita tersebut tidaks sengaja pun,…. sekurang2 nya lihatlah dahulu dihadapan sebelum memandu sebab ini bukan diatas lebuhraya, tetapi masih didalam parking sebelum memulakan perjalanan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Post Berkaitan

Leave a Reply