Ketua Pemburu Nak Bersara, Adakah Musuh Sendiri Akan Jadi Pengganti?

Sebelum masuk ke dalam penceritaan,…… ‘Jawatan’ tertingginya adalah Sebagai ‘Chief Mouser’.

Palmerston, kucing berwarna hitam putih telah ditugaskan untuk menangkap tikus di Pejabat Menteri Luar UK, sejak daripada tahun 2016. Palmeston yang sering berada di Pejabat Luar Negeri (FCO) United Kingdom secara rasminya pencen daripada tugasnya menangkap tikus sekitar pejabat dan kini akan berehat.

Palmerston dipilih daripada ratusan kucing jalanan lain yang ditempatkan di pusat perlindungan Battersea Dogs and Cats Home di barat daya London untuk membantu mengatasi masalah jumlah tikus yang banyak di bangunan FCO di King Charles Street, Downing Street.

Kucing jalanan itu diberikan naama Palmerston sempena nama Setiausaha Luar Negeri pada abad ke-19 yang terkenal, Viscount Palmerston. Palmerston yang mempunyai bulu berwarna hitam putih itu juga sering muncul dalam gambar-gambar bersama pegawai kerajaan serta duta asing.

Sepanjang tugasnya, kucing berkenaan dilantik sebagai Ketua Pemburu atau ‘Chief Mouser’, dan telah menangkap 26 ekor tikus pada tahun 2017. Malah, bilangan tikus yang ditangkap meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

Palmerston sangat disayangi oleh pegawai-pegawai kerajaan, kecuali Larry, seekor kucing lain di 10 Downing Street berdekatan. Kedua-dua kucing ini dilihat sering bertengkar di luar rumah Pejabat Menteri di Britain. Malah, perselisihan faham antara kedua-dua kucing ini dilihat antara sebab mengapa Palmerston mahu bersara daripada tugas menangkap tikus.

Larry yang juga merupakan seekor kucing yang selalu berada di sekitar tempat Palmerston selalu berada telah menjadi pesaing terkuat Palmerston. Walaupun Plamerston dilihat comel tetapi Larry juga tidak kurang comelnya. Kedua2 nya Comel, pandai menangkap tikus dan menjadi kesayangan orang sekitar. Perbezaannya antara keduanya hanyalah “Status” dimana Palmeston menjadi pilihan untuk memegang jawatan Ketua Pemburu. Larry hanyalah seekor kucing comel lain yang berada kawasan yang dijaga oleh palmerston.

Menerusi laman Twitter rasmi Palmerston, kucing berkenaan mengumumkan bersara pada Ogos lalu, dan berpindah ke satu lokasi yang tidak didedahkan.

Kucing itu telah secara rasmi bersara pada Ogos lalu dengan mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter ‘miliknya’. Dalam ‘kenyataannya’ pada ketika itu, Palmerston ‘berkata’ bahawa ia lebih suka menghabiskan masa untuk bersantai dan memanjat pokok daripada ‘mendengar semua perbincangan orang kenamaan asing’ di pejabat tersebut.

Adakah Larry akan dijadikan pengganti untuk jawatan yang pernah disandang oleh Palmerston sebagai Chief Mouser / Ketua Pemburu?

Post Berkaitan

Leave a Reply