Kadang-kadang bila difikirkan kembali, memang betul pepatah yang menyatakan bahawa kebahagiaan tidak boleh dibeli oleh wang dan apa-apa pun didunia ini dan ianya tiada nilai. Kebahagiaan hanya boleh dimiliki oleh mereka yang layak dan mereka yang betul-betul redha serta mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh tuhan walau nikmat itu sekecil alam sekalipun.
Zaman serba maju dan moden ni, dengan segala kelengkapan dan kemudahan untuk pembelajaran, masih ada lagi pelajar kita yang bergelumang dengan kemiskinan. Saat kita membazir makanan kerana sudah kenyang, masih ada lagi orang lain yang menahan lapar kerana tak mampu untuk membeli makanan. Pelik, tapi ianya benar.
Kami share kisah perkongsian dari pengguna FB pasal isu pelajar tak mampu beli makanan. Beliau seorang guru, dan bertemu dengan salah seorang muridnya yang hanya berbekalkan 30 sen ke sekolah setiap hari. Jom baca.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran sekaligus menjadi inspirasi kepada kita semua untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.