Anjing Bvta dan Kelaparan Ini Hanya Menunggu Kem4tian, Namun Berlaku Keajaiban Datang Menyelamatkannya

Tidak ada yang lebih baik dari yang terbaik dengan menjadikan dunia ini tempat yang baik dengan keprihatinan sifat manusia sesama makhluk.

Seekor anjing yang kurus terbiar yang memerlukan seseorang untuk melindungi dan menjaganya, seperti suatu gerakan hati untuk membantu mereka. Salah seorang daripada mereka ialah kakitangan wanita yang hebat dari Lucky Dog Refuge di Stanford City, Connecticut, Amerika Syarikat yang menemui seekor anjing dalam keadaan yang sangat menyayatkan hati.

Anjing bernama Halo dijumpai dalam keadaan  terbaring meringkuk di dalam hutan sendirian. Pandangannya hilang sepenuhnya, menandakan dia bVta. Selain itu, dia juga menahan lapar yang mungkin entah berapa lama tak diketahui. Nasib Halo terbela apabila, dia ditemui oleh wanita dan kumpulan berkenaan dan membawa ke tempat yang lebih s3lamat.

Melihat reaksi Halo kesedihan dek kerana terlalu lama menahan s4kit dan kelaparan sendirian tanpa teman di hutan siang dan malam. Lantas mereka memberikan wajah baru dengan memandikan,membersihkan kekotoran dan memberikan makanan yang enak setelah sekian lama .

Menurut media tempatan, haiwan itu ditinggalkan di dalam hutan tanpa sebarang makanan, dan mungkin hanya menunggu kematian untuk menghentikan kesakitannya. Mata bUtanya boleh dilihat daripada anak matanya yang berwarna putih susu.

Salah seorang sukarelawan cuba menarik perhatian Halo  dengan makanan supaya dia boleh bangun sendiri dan bergerak namun apabila dia bangun, Halo kelihatan lemah dan mereka akhirnya sedar Halo hanya tinggal tVlang dan kulit .

Oleh itu, namanya Halo, “aureola”, dalam bahasa Sepanyol, pasukan penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menidurkan Halo kerana dia sudah terlalu sakit untuk menanggungnya, dan mereka tidak sanggup melihat Halo menanggung kesakitan lebih lama algi.

“Kami memutuskan bahawa tidak berbaloi untuk dia menderita lebih daripada yang dia derita sekarang, oleh itu, jika perlu, kami akan menyuntik ubat tidur ke atasnya agar dia m4ti dalam keadaan tenang” kata seorang penyelamat.

Tetapi keajaiban berlaku, Halo mula menunjukkan progress kesihatan sedikit demi sedikit dan pulih, dan mungkin akan kembali sihat normal. Dia dimasukkan ke pusat perlindungan haiwan untuk memulakan rawatan perubatannya.

Menurut Stacey, ibu angkatnya, kesihatan Halo terlalu kritikal ketika dia tiba, tetapi semua yang berada di pusat perlindungan itu cuba sedaya upaya untuk membantu memulihkan kesihatannya.

Sebaik sahaja dia boleh mula bergerak, Halo bersandar pada Stacey, menunjukkan keseronokan dan berasa disayangi dengan  kemesraan manusia, seperti yang tidak pernah Halo rasakan sebelum ini. Pelvkan, civm, belaian antara mereka.

“Hari demi hari,tahap kesihatan Halo semakin menunjukkan  pemulihannya dan telah menjadi seorang yang aktif  suka bermain, penyayang dan bijak, walaupun dia cacat penglihatan. Selain itu juga,Halo sangat suka menikmati aiskrimnya sambil duduk disofa” tambah penjaganya lagi.

Ini adalah berita baik untuk semua pencinta Haiwan. Menyelamatkan satu lagi nyawa yang hampir kehilangan harapan  untuk hidup benar-benar sesuatu perkara yang membahagiakan.

Sumber: zoorprendente

Leave a Reply

Your email address will not be published.