Umum sedia tahu akan wabak pandemik yang melanda bukan sahaja di negara kita malah seluruh dunia. Penularan virus C0vid-19 mudah tersebar dan ramai yang akan menjadi mangsa jika tiada langkah berjaga-jaga diambil.
Disebabkan itu banyak negara yang mengambil langkah supaya rakyatnya dikuarantin di rumah masing-masing. Namun begitu masih ada segelintir yang berdegil dan mahu keluar mungkin kerana sudah mula bosan dan tepu duduk di rumah.
Biarpun sudah dinasihatkan untuk duduk diam-diam di rumah, sesetengah yang masih berdegil ini mula mencipta pelbagai kaedah untuk meloloskan diri keluar dari kediaman masing-masing.
Terbaru satu portal antarabangsa berkongsikan satu kisah yang mana seorang lelaki menyamar jadi semak untuk keluar rumah. Menurut berita tersebut perbuatan lelaki itu kantoi selepas dilihat jirannya sendiri.
Menurut jiran tersebut, di awal mereka melihat situasi tersebut memang nampak pelik. Namun mereka akui ia bukanlah satu perbuatan yang boleh ditiru oleh orang lain dan tidak kelakar. Ini kerana perbuatan itu adalah salah apabila perintah berkurung dilaksanakan dan dia melanggar peraturan itu.
Tambah pasangan yang juga jiran individu itu, ketika berada di rumah mereka terkejut apabila ternampak lelaki menyamar jadi semak itu keluar dari rumah. Namun setelah beberapa ketika lelaki itu kelihatan berhenti dan duduk di sebelah pokok di kawasan perumahan tersebut.
Adoi, macam-macam karenah masyarakat hari ini. Ada sahaja idea mereka demi untuk keluar dari rumah. Jangan pula ada yang mengikuti lelaki menyamar jadi semak untuk keluar rumah ini ya!
Sumber: Mirror