Seekor lembu tular menerusi satu video di media sosial kerana saiznya lebih besar dari lembu biasa yang sering dijadikan k0rban sempena Hari Raya Aidiladha.
Dalam video yang dimuat naik di Inst4gram, kelihatan dua ekor lembu ditambat di kawasan lapang. Namun, saiz salah seekor lembu yang dilihat 3 kali ganda lebih besar daripada seekor lagi lembu nyata mencuri tumpuan netizen.
Malah, jika dilihat dengan lebih dekat, ketinggian lembu sado berkenaan juga dilihat menyamai ketinggian bumbung rumah yang terletak di bahagian belakang kawasan lembu itu ditambat.
Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama dengan video berkenaan, lembu sado berkenaan dipercayai untuk tujuan k0rban.
Video tersebut yang telah menarik perhatian ramai hingga ada yang memberikan pendapat lucu dalam ruangan komen.
“Ahli jawatankuasa nesti tengah gementar,” komen salah seorang netizen.
“Kalau kena tendang, ‘pindah alam’ secara automatik,” kata seorang lagi dari mereka.
View this post on Instagram
Terdahulu, umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 10 Julai ini. Kemeriahan semakin dirasai apabila orang ramai yang berkemampuan berpeluang untuk melaksanakan ibadah k0rban selepas mengharungi tempoh suram pandemik selama dua tahun. Ketika ini, Malaysia berada dalam fasa peralihan ke endemik.
Antara haiwan-haiwan yang menjadi pilihan untuk umat Islam di Malaysia khususnya untuk melaksanakan ibadah k0rban adalah lembu dan kambing. Walaupun ada yang melaksanakan ibadah ini di kawasan rumah sendiri dengan menjemput orang ramai untuk bergotong-royong, namun kebiasaannya ibadah k0rban seringkali diadakan di kawaan masjid atau surau kariah masing-masing.