Memecut Laju masa Jalan Sesak,….Tiba2 Sahaja Muncul Meluru laju sampai terlangg4r, Makin sesak la jadinya…

Jika kita lihat sekarang jalanraya nampak seperti semakin sibuk. Walaupun sudah dipertingkatkan, dari selorong kepada dua atau tiga lorong, dari jalan yang kecil kepada lebuh raya, ia tetap sibuk dengan kenderaan. Di sesetengah laluan, termasuk di kawasan pusat bandar, hanya sibuk pada waktu puncak, pagi ketika orang mahu ke tempat kerja dan petang, ketika mahu pulang.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, keadaan sudah berubah. Selagi matahari siang masih kelihatan, ada saja kenderaan. Di mana-mana ada kesesakan dan dalam waktu yang sama masing-masing mahu cepat dan keretanya mahu ke depan.

Satu perkongsian dari seorang pengguna fesbuk ini amat memberikan kesedaran dimana ketika sedang memandu dalam kesakan jalan yang sibuk, seorang pembonceng motorsikal tiba-tiba sahaja muncul dan melangg4r kereta yang berada dihadapan pengguna yang merakam video tersebut. motorsikal itu telah datang secara tiba-tiba dari arah belakang atau tepi dengan terlalu laju dan melangg4r kereta proton.

Lorong hanya ada dua, jadi mudah untuk berlaku kesesakan apabila banyak kenderaan lalu jalan yang sama. Tidak tahu berapa lama tetapi ia bergantung kepada kelancaran bahagian hadapan kesesakan.

Tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku samada pembonceng motorsikal otu sedar atau tidak yang dia sedang memandu terlalu laju semasa jalan raya tengah dalam kesesakan. Atau adakah pembonceng motorsikal tersebut pengsan atau berkhayal semasa memandu.

Mungkin juga brek pemandu motosikal rosak jadi dia tidak sempat nak berhenti atau perlahankan pemanduan….. Apapun semoga semuanya selesai dengan cara baik.

Semoga sesiapapun yang sedang menggunakan jalan raya tidak kiralah pemandu kereta atau pembonceng motorsikal, sila berhati-hati semasa memandu keran masalah yang anda bawa itu akan menyusahkan orang lain sekiranya anda memandu dengan tidak berhemah. Semoga urusan mereka yang terlibat dalam kemalagan ini dipermudahkan dan kejadian kemalang4n ini dipercayai telah berlaku di Lebuh Raya EDL.

Post Berkaitan

Leave a Reply