Anak anak kecil kebiasaannya mempunyai tahap keinginan yang tinggi. Sifat ingin tahu mereka kadangkala tidak dapat membezakan samada tindakan itu salah atau pun betul.
Ibu bapa menjadi pencorak kepada diri anak2. Yang baik di ajar, yang salah ditegur. Namun jika kes4lah itu diberikan hkuman, janganlah sehingga mendatangkan keced3raan kepada anak2.
Ita…. nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.
Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar.
Ita tidak puas hati. Di cubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya, kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena hari perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.
Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.
Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “siapa punya kerja ni?”
Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ket4kutan melihat wajah b3ngis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan “tak tahu… !Saya tak tahu Tuan”.
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri pula.
Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.
Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan?”. Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipuukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kes4kitan.
Puas memkul tapak tangan, si ayah memkul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan huukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat s3dih, namun dia juga sangat t4kut .
Si bapa cukup rakus memkul-mukl tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terj3rit-j3rit menahan kep3dihan sebaik kesan s3batan terkena air.
Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.
“Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.
Ita demam
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam…”. Jawab Narti ringkas.
“Bagi minum panadol dulu” balas si ibu.
Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi” kata majikannya itu.
Semakin tidak bermaya
Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya k3s tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan..” kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dip0tong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
“Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dip0tong dari siku ke bawah” kata doktor.
Ibu mer4ung, ayah terketar2
Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu mer4ung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pemb3dahan.
Keluar dari bilik pemb3dahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis keskitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam sksaan menahan skit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…
Ita sayang ayah,ibu
“Ayah.. ibu… Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu”. Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti h1steria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…
“Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!” Katanya sambil men4ngis tersedu-sedan.
“Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu….?”
Bagaikan guugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
Perkongsian di atas tular beberapa tahun lepas. Samada kisah yang dikongsikan ini berdasarkan kisah b3nar atau fiksyen semata mata tidak dapat kami pastikan. Namun terdapat beberapa nilai yang kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran.
Tak salah menghkum anak dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Tetapi biarlah berpada pada. Anak yang masih kecil, tidak mampu berfikiran sepertimana kita yang dewasa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kongsikan , moga bermanfaat.