Kucing mempunyai deria asas sama seperti manusia, iaitu sentuhan, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau.
Antara kelima-lima ini, deria bau adalah deria paling kuat dan penting bagi seekor kucing. Kucing mempunyai deria bau sebanyak 14 kali lebih kuat dan sensitif berbanding manusia.
Disebabkan deria bau ini, maka sudah pasti anda, khasnya pencinta kucing, pernah melihat aksi kucing yang mencium bahagian pungg0ng kucing lain apabila mereka bertemu. Persoalannya, kenapa?
Untuk makluman, tabiat mencium punggung kucing lain ini adalah satu perkara normal, dan ia adalah salah satu bentuk komunikasi sesama mereka. Itu adalah cara bagaimana kucing menyapa dan mengenali antara satu sama lain, selain menghidu badan, muka dan leher.
Dengan menghidu, kucing boleh mendapatkan maklumat baru tentang kucing tersebut dan memperkuatkan ikatan serta komunikasi mereka. Perkara ini samalah seperti manusia berjabat tangan ketika bertemu seseorang, cumanya kucing menzahirkan ia dalam perbuatan menghidu.
Ketika proses menghidu, sejenis horm0n yang disebut sebagai ferom0n akan dilepaskan pada bahagian wajah, dimana ferom0n ini mempunyai pelbagai info tentang seekor kucing. Antara maklumat yang mungkin didedahkan adalah seperti tahap kesihatannya, sama ada pernah berjumpa sebelum ini atau tidak, aktif secara s3ksu4l, mood kucing tersebut dan banyak lagi.
Pernah juga kucing yang mencium punggung kucing lain akan menunjukkan ekspresi seakan menghidu bau busuk, dengan mulut terbuka dan mata keatas. Kelakuan ini disebut sebagai flehm3n response, dan normal bagi kucing untuk meningkatkan lagi deria baunya.
Kucing mempunyai satu org4n Jacobson, atau dikenali sebagai org4n vem0ronasal yang terletak di bahagian dalam antara hidung dan mulutnya, berfungsi sebagai sistem bau kedua. Ia bertindak mengesan bahan kimi4 tertentu dengan menggunakan saraf yang bersambung terus ke bahagian ot4k.
Maka, apabila kucing membuka mulut selepas menghidu punggung kucing lain, maka mereka membiarkan bau masuk dengan lebih baik ke dalam org4n Jacobson ini. Ia sekaligus membolehkan kucing menghidu sesuatu bau dengan lebih jelas.
Kesimpulannya, bukanlah suatu yang pelik jika selepas ini anda melihat kucing menghidu punggung kucing lain. Ia sebagai bentuk komunikasi sesama mereka dan semulajadi buat kucing.