Kucing cantik selalunya akan duduk indoor asbab terkadang orang kita lazimnya suka meminjam dan buat macam hak sendiri bawa balik dan kurung dengan menganggap kucing tersebut akan selesa dengan mereka . Padahal kucing indoor ini telah diperlakukan manja oleh tuan dan ada sesetengah kucing akan berasa takut atau tidak selesa jika berhadapan dengan keadaan persekitaran luar.
Itulah yang berlaku kepada si Oyen seekor ni . Mungkin jarang dibawa keluar bersiar-siar menikmati pemandangan luar dan berasa di satu kawasa[n terbuka , jadi terasa seakan tidak selamat dan mahu menyembunyikan diri .
Itulah yang berlaku pada pemilik si Oyen ini apabila dibawa bersiar-siar di kawasan kejiranan padang perumahan mungkin .
Tindakan Oyen seakan seperti terhendap-hendap dan ketakutan.Nampak lucu kan , tapi sebenarnya boleh buat Oyen trauma mungkin.
Menerusi satu video tular yang dimuatnaik oleh @rostikadewi4 itu, kelihatan seekor kucing oyen yang dikatakan sudah agak lama tidak keluar atau dibawa keluar rumah.
Dalam video itu, kucing berkenaan kelihatan tidak biasa berjalan di atas padang yang luas itu dan kelihatan was-was dan mungkin juga sedikit takut.
Akibatnya, kucing itu seolah-olah bertukar menjadi buaya atau ular apabila berjalan dengan gaya seperti merangkak , mengensot atau meyusur diatas rumput dan tidak berjalan seperti kucing normal.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan tergelak melihat gaya kucing ini berjalan. Ada juga yang menyamakan cara berjalannya seperti haiwan lain seperti buaya, ular dan kura-kura.
VIDEO:
Malah ada yang berseloroh mengatakan ini semuanya aneh kerana biasanya kucing ‘oyen’ ini agak dikenali dengan sifatnya yang nakal dan berani, tapi yang ini macam takut-takut pula. Antara komen-komen netizen
Apa-apapun, kucing ini tetap kelihatan comel kan.